RSS

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

............السلام عليكم 
SELAMAT DATANG KE BLOG INI , SEMOGA BERMANFAAT  UNTUK ANAK-ANAK  YANG BAKAL MENEMPUH PT3......


Blog ini dibina bagi memudahkan  aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM untuk anak-anak TINGKATAN 3 . Pembinaan blog ini dijangkakan lebih menarik minat pelajar untuk belajar disamping sebagai panduan guru-guru atau pembaca blog yang dikasihi..

ORGANISASI KANDUNGAN PENDIDIKAN ISLAM BAGI TINGKATAN 3 TERBAHAGI KEPADA 6 BIDANG PEMBELAJARAN IAITU :
BIDANG AL QURAN
BIDANG HADIS
BIDANG AKIDAH
- BIDANG FIQAH
BIDANG SIRAH DAN TAMADUN ISLAM
- BIDANG AKHLAK ISLAMIAH

Tujuan blog ini dibina adalah untuk Mempelajari dan mengamalkan adab dan akhlak Islamiah di dalam kehidupan seharian. Blog ini khususnya dibina untuk pengajaran dan pembelajaran  Adab danAkhlak Islamiah bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan tenaga pengajarnya. Blog ini di isi dengan maklumat yang menarik dengan nota, gambar dan video yang dapat membantu dalam mengetahui Adab dalam Islam. Di harapkan blog ini merupakan antara medium pembelajaran yang sering diguna pakai kerana kemudahan pembelajarannya yang menarik di samping menjimatkan masa pengajaran dan pembelajaran.

ADAB MENERIMA DAN MELAYAN TETAMU








ADAB MENERIMA DAN MELAYAN TETAMU



1. KONSEP MELAYAN TETAMU



2.                  Tujuan melayan tetamu dengan baik ialah;

(i)                 Mengeratkan tali persaudaraan sesama Islam.
(ii)               Merapatkan hubungan kekeluargaan.
(iii)             Mewujudkan suasana yang harmoni.
(iv)             Mengelakkan pergaduhan dan persengketaan.

3.                  Cara beradab terhadap tetamu;

(i)                 Melayan tetamu dengan baik dan mesra.
(ii)               Menerima kedatangan tetamu dengan ikhlas.
(iii)             Menyediakan makanan dan minuman sekadar perlu.
(iv)             Menunjukkan muka yang manis.

4.                  Kelebihan melayan tetamu;

(i)                 Mendapat pahala dan ganjaran baik pada hari akhirat.
(ii)               Disayangi Allah SWT dan orang lain.
(iii)             Dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.
(iv)             Diberkati dan diredai oleh Allah SWT.

5.                  Akibat tidak beradab terhadap tetamu;

(i)                 Tidak akan dihormati dan dipandang mulia oleh orang ramai.
(ii)               Sukar mendapat kawan.
(iii)             Hubungan silatulrahim akan terputus.
(iv)             Dipulau dan disisih oleh masyarakat.

6.                  Adab sebagai tetamu;

(i)                 Berkunjung mengikut masa yang sesuai.
(ii)               Memberi salam sebelum masuk ke rumah.
(iii)             Makan makanan yang disediakan apabila dijemput.
(iv)             Tidak memandang liar pada peralatan dalam rumah.


rujukan



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

............السلام عليكم  SELAMAT DATANG KE BLOG INI , SEMOGA BERMANFAAT  UNTUK ANAK-ANAK  YANG BAKAL MENEMPUH PT3...... Blog ini dib...